Blog My KMTK Life ini betujuan untuk berkongsi cerita tentang liku-liku perjalanan hidup aku di Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah.
Monday, April 4, 2011
MALAM APRESIASI 1 MALAYSIA
Semalam (4.4.2011) berlangsung sudah program Malam Apresiasi 1 Malaysia anjuran Unit Kemahiran Dinamika. Tema pakaian pula ialah ala-ala Arabic/Islamic.
Blur jugak aku nak pakai pakaian yang macammana malam tu. Mulanya wife aku iron baju melayu kegemaran aku kaler maroon. Tapi, bila fikir-fikir balik bukan selalu nak pakai ala-ala arab gitu. Jubah pun ada dalam 3 pasang kat almari aku ni. Tu pun jarang-jarang pakai daa.
Alih-alih aku teringat pulak baju aku ala-ala Raihan gitu. Ah, pakai yang nie ok jugak. Pekena ngan songkok tinggi aku kira ngam jugak nie.
Aku offer Helmi naik kereta sekali, sekali tengok dia siap ngan jubah daa..haiiyaa..kalau nak tukar pakai jubah jam dah pukul 7.45pm, acara start pukul 8.30pm..Akhirnya, aku pakai le jugak baju Raihan untuk malam tu.
Rata-rata aku tengok ramai jugak kawan-kawan aku melaram dengan jubah, pelbagai kaler. Siap yang bubuh purdah pun ada daa..!!
Lauk yang disediakan disepanjang Malam tu kira sedap jugak laa. Dengar cerita 1 kepala depa ambil RM10..
Malam tu Tn. Pengarah KMTK memang sporting habis daa..siap karaoke lagi..aku tertanya juga mana tn pengarah cari topi tinggi tarbus tu..bukan senang nak dapat tu. Tn. Pengarah juga dapat surprise yang aku rasa dia juga tak jangka. Potong pulut kuning sempena birthday beliau 30 Mac yang lalu, di bawa ke malam ni..Happy Belated Birthday BOSS..semoga panjang umur, murah rezeki dan dirahmati ALLAH selalu..
Secara kesimpulannya, Malam Apresiasi 1Malaysia memang BEST dan dicadangkan untuk dijadikan acara tetap setiap sesi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment