Blog My KMTK Life ini betujuan untuk berkongsi cerita tentang liku-liku perjalanan hidup aku di Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah.

Monday, April 4, 2011

BUAT CLAIM + UKUR BAJU

Hari ni 5.4.2011 aku dok siapkan Claim TNT bulan MAC. Claim semasa kursus di IAB (kepimpinan Instruksional) dan satu lagi Claim Mesyuarat Ketua-Ketua Unit di Kolej Matrikulasi Selangor.

Aku daftar e-statement Touch N Go dua hari sudah. Kelmarin baru approved. Dok tunggu dalam email confirmation tak sampai-sampai last-last aku call careline dia habis dalam RM10 top-up aku..hampeh!!..hari ni ingat nak print statement Touch N Go untuk dikepil bersama dengan claim tapi summarization of transaction tak dak pulak dah..ZERO..sekali lagi hampeh..

Deadline untuk submit claim pulak ialah pada 10hhb..sempat ke..?Tadi selesai email ke feedback TnG..ntah bila nak dapat reply pulak tak tahu le..kita tunggu dan lihat aje lah..

Pukul 10.30am tadi ada sesi mengukur baju untuk kesemua pensyarah + staf KMTK. Rasanya untuk Baju Korporat KMTK kot..nampak cam ok jugaklah design-design company ni.dari parit buntar..!!..

Aku tengok baju-baju sampel yang dilonggok atas meja ada sampel baju bengkel. Terus aku try dan nampak cam ngam dan ok..design dan pattern pun cun. terus aku minta Arul panggil Pakku dan Syaf untuk ambil ukuran baju bengkel masing-masing. Kami sepakat untuk guna Duit Bengkel Unit Kej. Mekanikal. sehelai dalam RM45. kira ok la kalau nak compare dengan kedai-kedai lain yang rata-ratanya dalam RM60 ke atas..
Baru le bersemangat sikit kami ni dari Unit Mech untuk bergerak cergas dan aktif di bengkel..

No comments:

Post a Comment